March 6, 2016

Budak perempuan perit sejam tersepit

PASUKAN keselamatan cuba mengeluarkan kanak-kanak itu.

Melaka: Seorang kanak-kanak perempuan menahan kesakitan hampir satu jam apabila tersepit di tempat duduk belakang pemandu sejurus Proton Exora dipandu bapanya terbabit kemalangan di Batu Hampar, Batu Berendam.

Dalam kejadian jam 1 pagi semalam, kereta dipandu bapa budak perempuan berusia 10 tahun itu berlanggar dengan Perodua Myvi dipandu lelaki 50-an.

Difahamkan, Proton Exora dipandu lelaki berusia 42 tahun dalam perjalanan dari Jalan Tun Fatimah ke arah Bandar Melaka, manakala kereta Perodua Myvi dari arah Bandar Melaka ke Batu Berendam.

Komander Operasi Pegawai Kanan Bomba II Hairul Nizam Ridhuan berkata, sebuah jentera bomba dan Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan bersama tujuh anggota termasuk seorang pegawai dikejarkan ke lokasi kejadian sejurus menerima maklumat.

myMetro 6 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment