March 6, 2016

Lelaki cemerlang STPM maut kemalangan

KUALA KETIL: Lelaki yang memperoleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) maut selepas motosikal yang ditunggangi, melanggar belakang lori di Kampung Kuala Bakong, Jalan Baru Kuala Bakong-Kuala Ketil di sini, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Baling, Superintendan Shariffuddin Yusof berkata, dalam kejadian 2 petang itu, Saiful Abdul Wahab, 20, yang berasal dari Kampung Merbau Pulas l mati di tempat kejadian akibat kecederaan di beberapa bahagian badan dan kepala.

Lori yang dipandu Zulkhornain Abdullah, 47, mengalami masalah gear dan ingin ke bahagian kiri jalan sebelum dilanggar Saiful yang tidak menyedari keadaan itu, katanya, hari ini.

Saiful antara pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Labu Besar yang cemerlang dengan memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 3.30 pada peperiksaan STPM 2015, yang diumumkan 2 Mac lalu.

Mayat dibawa ke Hospital Daerah Baling untuk bedah siasat dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, kata Shariffuddin. - Bernama

myMetro 6 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment