March 14, 2016

Bergolek jatuh ke dasar gaung

ANGGOTA bomba membawa naik pekerja kontrak yang terjatuh ketika memasang kabel.

Genting: Seorang pekerja kontrak terselamat walaupun selepas tergelincir dan bergolek jatuh ke dalam gaung sedalam lebih enam meter.

Dalam kejadian jam 11 pagi semalam, mangsa berusia 30-an jatuh dari tebing ketika melakukan tugas memasang kabel berhampiran Kilometer 5.3 di sini.

Seorang rakan mangsa kemudian segera membuat panggilan kecemasan selepas gagal menyelamatkan mangsa.

Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Genting berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 11.34 pagi sebelum bergegas ke lokasi.

“Sepasukan lima anggota dan seorang pegawai bomba dikerahkan ke lokasi. Anggota bomba mengambil masa selama 10 minit untuk tiba ke dasar gaung itu,” katanya.

Menurutnya, anggota bomba terpaksa menggunakan tali dan pengusung untuk membawa mangsa naik ke atas tebing bukit.

“Mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kaki kanan dan tulang belakang akibat terjatuh pada ketinggian itu,” katanya.

Katanya, mangsa yang cedera kemudian dibawa ke Hospital Selayang untuk tindakan lanjut.

myMetro 13 Mac 2016



0 comments:

Post a Comment