March 14, 2016

Pecah sendiri

Cermin pintu bank di Kubang Kerian yang pecah. FOTO ihsan pembaca

Kota Bharu: Tiada unsur jenayah dalam kejadian cermin pintu bank di Kubang Kerian di sini, pecah awal pagi tadi

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Baharom Abu ketika dihubungi berkata, berdasarkan ra0kaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati tiada sesiapa memecahkan cermin pintu itu dan cermin berkenaan pecah selepas ia jatuh.

Katanya, kejadian disedari oleh orang awam selepas terdengar bunyi mencurigakan di lokasi kejadian sebelum memaklumkan kejadian itu kepada polis.

"Sebaik tiba di lokasi kami dapati pintu cermin berkenaan pecah dan mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang berada di dalam bangunan berada dalam keadaan baik.

“Berdasarkan rakaman CCTV, kita dapati cermin pintu berkenaan jatuh dengan sendiri dan tiada sebarang unsur jenayah," katanya ketika dihubungi, di sini, pagi tadi.

myMetro 13 Mac 2016





0 comments:

Post a Comment