March 26, 2016

Bayi melecur rumah terbakar

Tuaran: Bayi perempuan berusia enam bulan melecur di muka dan kaki kanan dalam kebakaran di rumah pekerja tapak pembinaan di Kampung Telibong dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 10.45 pagi itu, bayi Nur Fatihah Hajim, dikatakan sedang tidur di dalam ayunan sebelum diselamatkan oleh bapanya sebaik menyedari rumah mereka terbakar.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran, Asnan Led berkata, dua jentera dengan kekuatan enam anggota dikejarkan ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 10.53 pagi.

"Sebaik tiba, rumah berkenaan sudah terbakar hampir 100 peratus dan bayi yang cedera kemudian dihantar ke Hospital Tuaran menggunakan EMRS untuk rawatan lanjut.

"Pemeriksaan awal bayi perempuan itu didapati melecur di bahagian muka dan kaki kanan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Menurutnya, bomba mengambil masa 14 minit untuk mengawal kebakaran yang memusnahkan rumah berkenaan.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.

myMetro 25 Mac 2016

0 comments:

Post a Comment