February 19, 2016

Warga emas dan anak nyaris rentung


Rumah Buniah Kartiman yang terbakar, semalam. FOTO Anja Asmara

Pontian: Warga emas dan anak lelaki sindrom down nyaris rentung apabila rumah mereka di Kampung Parit Jerman, Pontian, terbakar 6.50 petang semalam.

Ketika kejadian, Buniah Kartiman, 74 dan anak lelakinya, Mohd Hirwan Rahmat, 31, diselamatkan seorang jiran yang menyedari rumah berkenaan terbakar berikutan keadaan ibu tunggal itu yang tidak dapat berjalan kerana sakit kaki.

Difahamkan, penduduk terpaksa mengambil masa beberapa minit untuk memujuk Mohd Hirwan keluar dari rumah yang dijilat api itu.

Pegawai Operasi Bomba dan Penyelamat Pontian, Pegawai Bomba Kanan 1 Ayob Kamisan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.58 petang dan menghantar satu jentera bersama enam anggota ke tempat kejadian.

Katanya, apabila tiba di tempat kejadian didapati rumah berkenaan musnah sepenuhnya dan operasi diteruskan bagi memastikan api dapat dipadam sepenuhnya.

"Punca kebakaran dan jumlah kerugian sebenar masih dalam siasatan. Tiada sebarang kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan," katanya.

myMetro 17 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment