February 28, 2016

Sempat hubungi pekerja sebelum maut

Taiping : Peniaga barang lusuh maut ditembak di Jalan Perusahaan 3, dekat sebuah pasar raya besar di Taman Tekah Permai, di sini, malam tadi.

Mangsa ditemui terbaring dengan kesan tembakan di bahagian kepala, perut dan lengan kanan, dalam kejadian 8.45 malam.

Ketua Polis Daerah Taiping Asisten Komisioner Harrith Kam Abdullah berkata, adik mangsa kemudian membawanya ke Hospital Taiping dan disahkan meninggal dunia di hospital berkenaan.

"Mangsa yang berusia 40 tahun mengusahakan kedai barang lusuh di Simpang Halt dan Trong sebelum itu menghubungi pekerjanya minta tolong sebab ditembak.

"Pekerja itu kemudian menghubungi adik lelaki mangsa yang bergegas ke tempat kejadian dan mendapati mangsa berada di tepi jalan dalam keadaan pengsan," katanya.

Beliau berkata, motif kejadian belum dapat dikenal pastidan polis tidak menolak kemungkinan dendam.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

myMetro 27 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment