February 19, 2016

Rentung dalam semak

FOTO Amran Yahya

Kuala Pilah: Pekerja pembersihan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) ditemui rentung dalam semak Jalan Kuala Pilah-Tampin, berhampiran Pekan Kuala Pilah.

Lelaki 28 tahun itu ditemui sedang terbakar, pada 8.45 malam tadi, oleh orang awam yang kemudian menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah, Johari Sameon, berkata tujuh anggota dengan sebuah jentera ke lokasi dan tiba lima minit kemudian.

"Sebaik tiba, kami segera memadamkan api yang masih menyala di kaki mangsa. Bagaimanapun, mangsa disahkan meninggal dunia dan kes diserahkan kepada polis," katanya.

Difahamkan, mangsa tidak pulang ke rumahnya sejak Isnin lalu sebelum ditemui terbakar malam tadi.

Mayat dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk bedah siasat.

myMetro 18 Februari 2016


Pekerja pembersihan HTAN rentung

KUALA PILAH - Seorang pekerja pembersihan di Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di sini, ditemui rentung di lorong jalan sekolah di Jalan Tampin berhampiran sebuah sekolah menengah malam, kelmarin.

Mangsa K. Shammugelan, berusia 28 tahun ditemui terbakar jam 8.45 malam oleh orang awam yang kemudian bertindak menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Pilah jam 9.13 malam.

Pasukan bomba diketuai Pegawai Operasi, Johari Sameon bersama tujuh anggota tiba lima minit kemudian.

Bagaimanapun setibanya di lokasi, mangsa telah meninggal dunia dan api berjaya dipadamkan sebelum kes berkenaan diserahkan kepada PDRM.

Saksi yang enggan dikenali berkata, pada awalnya dia terdengar suara jeritan dari belakang rumahnya.

“Saya terkejut dengar orang jerit dan sempat juga menjenguk belakang rumah. Dari jauh saya nampak api marak dan mungkin orang terbakar.

“Jadi, saya terus hubungi bomba bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Abang mangsa, K. Kajeendraan, 30, ketika ditemui di lokasi berkata, adiknya itu tidak menunjukkan sebarang tingkah laku mencurigakan.

Dia menyifatkan pemikiran adiknya seperti keanak-anakan, sering keluar dari rumah namun akan pulang pada waktu malam.

“Adik saya keluar rumah pada pagi Isnin lalu, hingga hari ini (Rabu) dia tak balik-balik. Kami fikir, dia pergi ke rumah kawan dan tak syak apa-apa.

Sinar Harain 19 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment