February 23, 2016

Padah main mercun

Keadaan rumah yang rosak akibat letupan mercun. - Foto RAMDZAN MASIAM

Georgetown: Tiga rumah teres dua tingkat rosak teruk di pintu, siling dan tingkap akibat terkena ledakan mercun di Desa Baiduri, Ayer Hitam, malam tadi.

Menurut sumber, kejadian berlaku jam 11 malam selepas seorang pemilik rumah berkenaan menyalakan mercun tetapi mercun itu bagaimanapun terjatuh dan percikan api terkena rumah dua jirannya.

"Ledakan mercun itu menyebabkan pintu, tingkap dan siling rumahnya serta jiran rosak.

"Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa atau kecederaan berlaku," katanya.

myMetro 23 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment