February 23, 2016

Nak pergi klinik, kena samun

Kereta yang dirampas daripada suspek.

Shah Alam: Polis Shah Alam tahan seorang lelaki dan wanita petang semalam kerana melakukan samun bersenjata terhadap seorang lelaki Nepal di Seksyen 23, di sini, 14 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, suspek berusia 26 dan 24 tahun itu ditahan di Jalan Hulu Balang, Klang kira-kira 1.30 tengah hari oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Jenayah Berat Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam.

Katanya, suspek menyamun mangsa yang berusia 22 tahun menggunakan pisau ketika lelaki itu dalam perjalanan ke klinik di Seksyen 19.

"Suspek bukan saja menyamun wang tunai, malah memaksa mangsa membawa mereka ke hostel yang tidak jauh dari lokasi kejadian dan mengambil pelbagai barangan yang dianggarkan bernilai RM5,000.

"Polis turut merampas kereta Proton Saga Aeroback yang digunakan suspek dalam kejadian dan mereka disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkawan menggunakan senjata," katanya, hari ini.

myMetro 23 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment