February 23, 2016

Stesen penyimpanan gas bocor

ANGGOTA Hazmat memeriksa kawasan substesen berkenaan. FOTO ihsan Bomba

Taiping: Stesen penyimpanan gas asli jenis mercaptans di Kampung Setia, Kamunting, di sini, mengalami kebocoran petang semalam sebelum ia dineutralkan oleh Pasukan Unit Bahan Berbahaya (Hazmat) dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Putih Ipoh.

Pengarah Bomba dan Penyelamat Perak, Datuk Yahaya Madis, berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.14 petang daripada orang awam yang terhidu bau gas yang sangat kuat dari lokasi berkenaan.

Katanya, empat anggota Hazmat memasuki kawasan substesen gas itu dan pemeriksaan menggunakan alat pengesanan kebocoran mendapati berlakunya kebocoran gas jenis berkenaan.

"Anggota Hazmat kemudiannya meneutralkan bahan kimia itu dengan udara dari luar sehingga lokasi itu disahkan selamat dan tidak berbahaya kepada orang awam.

"Syarikat Gas Malaysia Berhad kemudiannya bertindak menutup injap daripada substesen gas berkenaan yang menjadi pembekal gas asli untuk kegunaan perindustrian di sekitar kawasan ini sebelum operasi ditamatkan pada 11.44 malam," katanya.

myMetro 23 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment