February 10, 2016

Ombak besar badai rumah

Fakri Muhamad, 20, yang terpaksa berpindah ke pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Pulau Kundur bersama keluarganya melihat ombak besar di Pantai Cahaya Bulan, Kota Bharu.

KOTA BHARU – Sebanyak 172 penduduk melibatkan 33 keluarga dari Kelantan dan Terengganu terpaksa ditempatkan ke pusat pemindahan sementara selepas kediaman mereka terjejas akibat fenomena air pasang besar malam kelmarin.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Kanan II Ayub Mustafa berkata, seramai 73 penduduk daripada 16 keluarga di Kampung Pulau Kundur berdekatan Pantai Cahaya Bulan di sini dipindahkan sejak pukul 8 malam kelmarin berikutan ombak yang membadai pesisir pantai itu memasuki kediaman mereka.

“Mereka ditempatkan sementara di Sekolah Kebangsaan Pulau Kundur dan ini merupakan kali kedua penduduk di kawasan tersebut dipindahkan selepas kejadian pertama pada bulan lepas,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Kosmo 9 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment