February 20, 2016

Meninggal ketika baca al-Quran

ARWAH meninggal dunia surau Balai Berita Shah Alam.

Shah Alam: Kakitangan The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP), Sarudin Karim meninggal dunia dipercayai akibat serangan jantung, di surau Balai Berita Shah Alam, di sini, malam tadi.

Difahamkan, Sharudin, 48, yang bekerja sebagai pemandu jentera berat itu dikatakan rebah secara tiba-tiba pada 8.40 malam.

Ketika kejadian, arwah bersama rakan sekerjanya, Penolong Ketua Juruteknik, Jamaluddin Shareii sedang membaca al-Quran di surau berkenaan.

Jamaluddin berkata, dia cuba membantu arwah namun tidak berjaya sebelum memanggil rakan sekerjanya yang lain.

"Sebelum itu, arwah sempat memicit dahinya dan kemudian rebah dengan mulutnya berbuih.

"Rakan sekerja yang lain menghubungi ambulans dan petugas kesihatan mengesahkan arwah sudah meninggal dunia pada 9.20 malam.

Sarudin sudah 20 tahun berkhidmat di NSTP dan meninggalkan seorang balu dan tiga anak lelaki.

myMetro 20 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment