February 20, 2016

Pemandu warga asing maut tersepit


Bintulu: Lelaki warga Indonesia maut dalam kemalangan membabitkan treler dan lori muatan sawit di kilometer 123 Jalan Sibu-Bintulu, di sini.

Ismail Syafie, 42, yang memandu lori maut dalam kejadian kira-kira 6 petang semalam.

Pegawai Turus Trafik Ibu Pejabat Polis Kontinjen(IPK) Sarawak, Alexson Naga Chabu, berkata kejadian berlaku apabila mangsa dari arah Sibu ke Bintulu cuba memotong lori di hadapannya yang tiba-tiba rosak.

Bagaimanapun, katanya, ketika memasuki laluan bertentangan untuk memotong, lorinya bertembung dengan treler.

“Mangsa tersepit dan dikeluarkan oleh anggota bomba dan penyelamat Tatau sejam kemudian. Pemandu treler tidak cedera,” katanya.

Katanya, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Hospital Mukah.

myMetro 20 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment