February 29, 2016

Mayat reput di pinggir pantai

ANGGOTA polis mengangkat mayat yang sudah reput untuk dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu. FOTO ihsan pembaca

Permaisuri: Mayat dipercayai lelaki ditemui di pinggir Pantai Baru Merang, di sini, petang tadi.

Mayat mangsa tanpa pengenalan diri dan sudah reput itu ditemui pada 5.20 petang oleh orang awam di belakang resort di kawasan pantai berkenaan.

Menurut sumber, polis yang bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Setiu menerima panggilan daripada orang awam pada 5.28 petang mengenai penemuan mayat itu sebelum sepasukan anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, mayat itu ditemui dalam jarak 100 meter dari resort berkenaan.

"Siasatan awal mendapati mayat itu sudah lebih dua bulan berada di situ.

"Mayat itu kini berada di Unit Forensik Hospital Setiu untuk bedah siasat," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Elias Abu Bakar ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan.

Beliau berkata, setakat ini, tiada sebarang unsur jenayah ditemui dan buat masa ini, kes diklafikasi sebagai mati mengejut.

myMetro 28 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment