February 29, 2016

Warga emas maut kereta langgar lori

ANGGOTA bomba berusaha mengeluarkan mayat mangsa

Tampin: Wanita warga emas maut apabila kereta dipandu bertembung dengan lori di Jalan Tampin-Gemas, berhampiran pekan Gemencheh, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa, Yap Siew Yin, 78, yang memandu kereta dari Tampin ke Gemencheh dikatakan hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tanpa muatan dari arah Gemencheh.

Ketua Operasi daripada Balai Bomba dan Penyelamat Tampin, Helmi Ayoub berkata, pihaknya menerima panggilan 3.04 petang tadi ketika dalam perjalanan ke Taman Sri Intan, Gemencheh, untuk memadamkan kebakaran belukar.

"Saya bersama lapan anggota termasuk jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kemalangan itu dan mengeluarkan mangsa yang tersepit di tempat duduk pemandu.

"Mangsa disahkan meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Tampin. Kes diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi.

myMetro 28 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment