February 29, 2016

Maut dihempap pokok ketika berteduh

ANGGOTA bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap pokok. FOTO ihsan Bomba

Subang: Lelaki berusia 30-an yang berteduh di pondok ketika hujan maut apabila dihempap pokok kelapa sawit di Kelab Golf Saujana Villa, di sini, 5.30 petang tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, tiga individu lain terdiri daripada lelaki tempatan bersama seorang lelaki dan wanita warga Korea Selatan yang berteduh di pondok itu cedera.

"Mereka berempat berteduh di dalam pondok itu selepas bermain golf. Pada waktu itu berlaku angin kencang dan hujan lebat sebelum pondok didiami mereka dihempap pokok.

"Ekoran itu mangsa maut di tempat kejadian manakala mangsa yang lain mengalami cedera ringan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Difahamkan usaha mengeluarkan mangsa yang dihempap pokok itu mengambil masa 15 minit.

myMetro 28 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment