February 19, 2016

Maut kereta terbabas dalam longkang

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap. FOTO ihsan Bomba

Seberang Jaya: Lelaki warganegara Indonesia maut selepas kereta dipandunya terbabas dan terjunam ke dalam longkang berhampiran Bulatan Seberang Jaya di sini, hari ini.

Dalam kejadian 1 petang itu, mangsa dipercayai memandu seorang diri dari arah Lebuhraya Utara Selatan sebelum melalui susur keluar menuju Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE).

Difahamkan, sebelum sampai ke bulatan berkenaan, kereta mangsa terbabas dan terhumban ke dalam longkang di bahu jalan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 1.32 petang sebelum tiba di lokasi 10 minit kemudian.

Katanya, setibanya di lokasi, pihaknya mendapati mangsa terperangkap di dalam kereta.

"Mangsa meninggal dunia kerana lemas akibat terperangkap di dalam kenderaanya yang tenggelam.

"Mayat mangsa dikeluarkan sebelum diserahkan kepada polis," katanya.

myMetro 17 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment