February 1, 2016

Lelaki maut kereta dipandu terbabas

Keadaan kereta dipandu mangsa. Gambar kecil: Thilek

NILAI – Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Satria dipandunya terlibat dalam kemalangan di Kilometer 285 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan di sini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, mangsa, R Thilek, 18 maut di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah.

Jurucakap polis berkata, ketika kejadian mangsa yang memandu berseorangan dari arah Kuala Lumpur menuju ke Seremban.

“Sejurus sampai ke lokasi kereta dipandunya hilang kawalan lalu terbabas dan melanggar penghadang jalan sebelah kiri.

“Akibatnya mangsa tercampak keluar ke tengah jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian kerana mengalami cedera parah pada kepala dan badan,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk tindakan lanjut.

Sementara itu Ketua Polis Daerah Nilai, Superitendan Zaldino Zaludin mengesahkan menerima laporan kejadian.

Sinar Harian 1 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment