February 1, 2016

Ibu, bayi maut kemalangan

Keadaan dua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan hingga mengorbankan dua beranak di Pak Kancil, Bandar Permaisuri kelmarin.

BANDAR PERMAISURI  –  Dua beranak maut manakala ahli keluarga mereka cedera parah selepas kereta dinaiki berlanggar sebuah kenderaan lain dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di di Kilometer 65 Jalan Kuala Terengganu-Kota Bharu dekat Simpang Tiga Pak Kancil di sini dekat Setiu pagi kelmarin.

Mangsa Aisyah Kamarudin, 28, dan bayinya, Hurin Salmah Amuhamadi, 3 bulan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Setiu kelmarin.

Nahas yang berlaku kira-kira jam 11.20 pagi itu turut mengakibatkan suaminya, Amuhamadi Supian, 38, dan dua anak mereka, Anis Humaira , 4 dan Sofea Husna, 2 tahun  cedera parah termasuk seorang lagi penumpang iaitu adik Aisyah,  Zulaikha, 21 tahun.

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Elias Abu Bakar berkata, kejadian itu melibatkan tiga kenderaan iaitu kereta yang dinaiki semua mangsa jenis Proton Iswara, Honda CRV dan Perodua Myvi.

Menurutnya, kejadian dikatakan berlaku apabila tiba di tempat kejadian kenderaan CRV dipandu seorang lelaki berusia 82 tahun dari arah Kota Bharu ke Kuala Terengganu telah melanggar kereta dinaiki mangsa yang datang dari arah bertentangan yang mahu membelok ke kedai di sebelah kanan jalan.

“CRV telah melanggar lalu mengheret kereta Iswara itu lalu terkena Myvi yang di letakkan di bahu jalan sebelah kiri menghala ke Kuala Terengganu.

“Kemalangan itu menyebabkan dua beranak itu meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Setiu sementara empat yang cedera parah dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu,” katanya sambil memberitahu  pemandu CRV dan dua orang yang berada di dalam Myvi tidak cedera.

Tambahnya, jenazah dua beranak itu dituntut keluarga untuk urusan pengebumian di Pasir Akar, Hulu Besut.’

Aisyah dan suaminya merupakan seorang guru agama di sebuah pondok tahfiz di Pasir Akar.

Sinar Harian 1 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment