February 13, 2016

Lelaki maut, dua lagi cedera

KEADAAN kereta yang terbabit kemalangan. FOTO ihsan Bomba

Shah Alam: Lelaki maut manakala dua yang lain cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan melanggar pokok, pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira 3.45 pagi tadi di Jalan Bukit Kuda menghala Kampung Jawa dekat sini.

Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan pada 3.50 pagi dan jentera tiba 4.02 pagi.

Beliau berkata, 14 anggota termasuk dua pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Shah Alam dan Andalas terbabit dalam operasi itu.

"Kereta itu didapati terbabas dan melanggar pokok di tepi jalan.

"Terdapat tiga mangsa lelaki berusia 20-an dalam kereta itu.

"Pasukan perubatan mengesahkan seorang mangsa maut manakala dua yang lain cedera," katanya di sini, hari ini.

myMetro 12 Februari 2016





0 comments:

Post a Comment