February 29, 2016

Gudang simpan bahan makanan hangus

GUDANG menyimpan bahan makanan terbakar. FOTO ihsan pembaca

Bangi: Gudang menyimpan bahan makanan milik syarikat di Jalan Bangi Lama, Bangi, hangus dalam kebakaran petang tadi.

Kejadian kira-kira 5 petang itu menyebabkan Gudang seluas 180 meter persegi itu hangus 100 peratus.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.15 petang dan bergegas ke lokasi.

"Seramai 18 anggota dan pegawai dengan kekuatan tiga jentera daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dan Cyberjaya digegaskan ke lokasi," katanya.

Tiada kemalangan jiwa atau kecederaan dilaporakan.

myMetro 28 Februari 2016




0 comments:

Post a Comment