February 29, 2016

Lelaki maut ditetak

LELAKI ditemui maut dengan kesan tetak di Jalan Utara, SS14, Petaling Jaya. FOTO Hasbi Sidek

Petaling Jaya: Seorang lelaki berusia 36 tahun ditemui maut selepas dipercayai ditetak sekumpulan lelaki berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Sri Petaling, Jalan Utara, SS14, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan perut.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din berkata, ketika kejadian mangsa bersama rakannya, namun sempat melarikan diri.

"Mangsa dan rakan menaiki motosikal untuk pulang selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Gasing.

"Bagaimanapun, mereka ditahan 12 lelaki menaiki empat kereta sebelum berlaku pergaduhan.

"Mangsa maut di lokasi kejadian dan dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," katanya.

myMetro 28 Februari 2016


Ajal selepas pulang berhibur

PETALING JAYA – Seorang lelaki maut akibat ditikam di perut oleh sekumpulan lelaki dalam satu kejadian berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Bintang, Jalan Utara di sini awal pagi semalam.

Dalam kejadian pada pukul 4.30 pagi itu, mangsa, S. Paramanathan, 36, maut di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan di perut dan kepala akibat ditikam menggunakan senjata tajam.

Rakan mangsa, B. Jeevananthan, 24, turut cedera di tangan akibat ditetak.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, ketika kejadian, mangsa bersama rakannya dalam perjalanan pulang menunggang motosikal selepas berhibur di sebuah pusat hiburan di Jalan Gasing.

“Kesemua suspek yang menaiki empat buah kereta dipercayai mengejar mangsa sebelum menyerang mereka ketika tiba di lokasi kejadian.

“Rakannya sempat melarikan diri ke sebuah hotel berhampiran yang terletak kira-kira 500 meter dari lokasi kejadian untuk mendapatkan bantuan. Motif kejadian disebabkan dendam,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Kosmo 29 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment