February 26, 2016

Cucu tak ambil SPM mahu jaga datuk, nenek

Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim (tengah) bersama Penyelaras Dewan Undangan Negeri Kedah, Datuk Mohd Khairul Azhar melawat pasangan warga emas Wan Hasnah Abdul Rahman (terbaring) dan Othman Yahya di kediaman mereka di belakang Sekolah (J) Cina Kuala Ketil, hari ini. - Foto Bernama

KUALA KETIL - Seorang cucu yang sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun mengambil keputusan untuk berhenti belajar kerana mahu mejaga datuk dan nenek angkatnya.

Nor Alia Mohd Lutfi, 17, yang tinggal dengan datuknya Othman Yahya, 85, dan neneknya Wan Hasnah Abdul Rahman, 57, sejak lahir berkata kedua-duanya memerlukan orang untuk menjaga mereka yang sudah tua dan turut menghidap pelbagai penyakit.

Wan Hasnah terlantar sejak November tahun lalu akibat menghidap kencing manis dan sakit buah pinggang manakala Othman kerana sakit tua.

"Saya kasihan melihat keadaan mereka yang memerlukan seseorang untuk menjaga," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dia berkata neneknya perlu berulang-alik 12 kali dalam sebulan ke sebuah pusat dialisis dan terpaksa mengupah orang untuk mengangkat dan menghantarnya membuat rawatan.  

Ahli Parlimen Baling, Datuk Azeez Abd Rahim yang melawat pasangan itu berjanji untuk memberi sumbangan RM700 sebulan.

Beliau juga berkata beliau akan memastikan Nor Alia dapat bersekolah semula.

Pihak yang ingin menyalur bantuan boleh menghubungi Nor Alia melalui talian 013-5384375 atau akaun Bank Simpanan Nasional milik Othman 02126-29-83139253-0. - Bernama

25 Feb 2016

0 comments:

Post a Comment