February 26, 2016

Jatuh hempap penunggang motosikal

Mayat lelaki yang terjatuh dari jejantas ditutup menunggu untuk dibawa ke hospital. - Foto Ihsan Pembaca

Kepala Batas: Tindakan seorang lelaki terjun dari jejantas di Kilometer 121 Lebuhraya Utara Selatan hala utara dekat sini, menimbulkan masalah lain apabila dia terjatuh ke atas penunggang motosikal petang tadi.

Dalam kejadian 5.40 petang itu, lelaki berkenaan yang memakai baju T merah dan berseluar coklat paras lutut, dilihat menaiki jejantas dari arah Bertam.

Lelaki berusia lingkungan 30-an itu tiba-tiba terjatuh dan menghempap seorang penunggang motosikal dikenali sebagai Wai Wan Naiphoo, 55, menyebabkan dia hilang kawalan lalu motosikalnya terbalik.

Penunggang motosikal itu hanya cedera ringan manakala lelaki yang terjun itu maut di tempat kejadian.

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan pada 5.47 petang dan penunggang motosikal yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Kepala Batas untuk rawatan.

myMetro 25 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment