February 23, 2016

Bantu lelaki OKU

ANGGOTA bomba membantu membawa turun lelaki OKU menggunakan pengusung melalui tangga. FOTO ihsan Bomba

Ipoh: Bomba membantu membawa turun orang kurang upaya (OKU) dari tingkat tiga Kuarters Polis Jalan Padang Tembak, di sini, hari ini.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Ipoh Fauzi Abdul Aziz berkata, lelaki dikenali sebagai Noor Jamaluddin, 53, yang tidak mempunyai kedua-dua kaki terpaksa dibantu bomba berikutan lif di kuarters itu rosak.

Katanya, pihaknya menerima panggilan pada 9.33 pagi untuk membantu lelaki berkenaan yang akan menjalani rawatan di Pusat Rawatan Dialisis, Silibin, di sini.

"Anggota bomba terpaksa menggunakan pengusung (stretcher) untuk mengangkat lelaki itu sebelum membawanya turun melalui tangga.

"Lelaki itu kemudiannya dibawa menggunakan van EMRS ke pusat rawatan berkenaan," katanya.

myMetro 23 Februari 2016


0 comments:

Post a Comment