February 23, 2016

Lelaki maut kereta terhumban dari jejambat


Keadaan kenderaan dipandu mangsa selepas terhumban.

ISKANDAR PUTERI - Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Myvy dipandunya terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terhumban dari jejambat dalam satu kemalangan di susur keluar dari Kota Iskandar menghala ke Lebuh Raya Iskandar Sultan di sini pagi semalam.

Mangsa, seorang pekerja tapak binaan di Singapura difahamkan terjatuh dari ketinggian lima meter yang turut menyebabkan kenderaannya remuk teruk.

Dalam kejadian jam 9.20 pagi itu, mangsa, Ng Soo Boon, 42, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan serius di kepala dan anggota badan.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Superintendan Noor Hashim Mohamad berkata, kereta dipandu mangsa terbabas lalu melanggar pembahagi jalan sebelum terjatuh dari jejambat sehingga menyebabkan mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Noor Hashim berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kulai untuk bedah siasat.

Sinar Harian 23 Februari 2016

0 comments:

Post a Comment