February 23, 2016

Anak kucing ada dua muka

Anak kucing bermuka dua yang dilahirkan di Terengganu, Sabtu lalu. - Foto SYAHIRAH ABDULLAH

Kuala Terengganu: Seekor kucing jantan milik seorang wanita di Kampung Seberang Takir, Kuala Nerus, dilahirkan dengan dua muka, Sabtu lalu.

Pemiliknya, Siti Ruszaihaa Mamat, 28, berkata dia hanya menyedari kucing betina dibelanya setahun lalu, beranak kira-kira 11 malam selepas pulang dari kerja.

Menurutnya, apabila diperiksa anak kucing itu, dia terkejut mendapat ia mempunyai dua muka.

Katanya, pada mulanya dia menyangka anak kucing berkenaan mati kerana tidak bergerak.

"Saya hampir menanamnya sebelum anak kucing itu mengiau," katanya yang sudah membawa anak kucing berkenaan ke Klinik Jabatan Perkhidmatan Veterinar Daerah di Bukit Kecil untuk pemeriksaan.

myMetro 22 Februari 2016



0 comments:

Post a Comment