January 5, 2016

Kereta terbakar di Lebuhraya Persekutuan

KERETA musnah terbakar. FOTO ihsan Bomba

ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kereta. FOTO ihsan Bomba

Shah Alam: Lelaki berusia 58 tahun terselamat meskipun keretanya musnah dalam kebakaran di Lebuhraya Persekutuan berhampiran Plaza Tol Batu 3 menghala ke Klang, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 8.15 pagi itu, mangsa yang memandu kereta dalam perjalanan dari Puchong menuju ke Subang Jaya.

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor berkata, sepasukan anggota dan pegawai dari Balai Bomba Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira lima minit kemudian.

"Siasatan awal mendapati kereta mangsa dapat dihidupkan semula selepas terhenti di tepi lebuh raya.

"Bagaimanapun, sebaik mangsa memandu berhampiran Plaza Tol Batu 3, asap keluar melalui bonet depan dan mangsa cuba memadamkan api yang mulai marak menggunakan air mineral," katanya.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dilaporkan namun kenderaan terbabit musnah 100 peratus.

myMetro 4 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment