January 5, 2016

Maut motosikal rempuh kereta

MANGSA maut di lokasi kejadian. FOTO Amir Irsyad Omar

Butterworth: Lelaki, 22, maut selepas motosikal berkuasa tinggi ditunggangnya merempuh belakang kereta di Lebuhraya Utara Selatan arah selatan dekat Permatang Pauh, 9 pagi tadi.

Dalam kejadian itu, Muhammad Ridzuan Mohd Shukri, maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala.

Adik mangsa, Muhammad Sakhawi Mohd Shukri, 19, berkata, abangnya yang juga anak kedua daripada lima beradik itu dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Permatang Pauh.

Katanya, mangsa bekerja dengan syarikat milik bapanya dan sering menunggang motosikal dari rumah mereka di Penaga, Kepala Batas ke Permatang Pauh.

Menurutnya, mangsa terbabas selepas dipercayai merempuh belakang kereta sebelum maut di tempat kejadian.

myMetro 4 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment