January 27, 2016

Kakitangan Pejabat Agama maut kereta terbabas

MANGSA tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. FOTO ihsan pembaca

Jelebu: Kakitangan Pejabat Agama Islam Daerah Jelebu maut selepas kereta dipandunya terbabas di Jalan Kuala Klawang-Peradong, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 7.30 pagi itu, Mohd Alif Abd Razak, 20-an, dikatakan memandu seorang diri untuk ke tempat kerjanya sebelum terbabas berhampiran Sekolah Kebangsaan Peradong, dekat sini.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Klawang, Azizul Aluwai berkata, pihaknya menerima panggilan pada 7.42 pagi dan sebuah jentera bersama enam anggota bergegas ke lokasi kejadian.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi bomba mendapati mangsa tersepit di tempat duduknya dan disahkan sudah meninggal dunia.

"Anggota mengambil masa kira-kira lima minit untuk memotong pintu dan mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Jelebu, Deputi Superintendan Othman Basri berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Jelebu untuk bedah siasat dan siasatan lanjut masih dijalankan.

myMetro 26 January 2016



0 comments:

Post a Comment