January 27, 2016

Adik maut lori rempuh treler

KEADAAN lori yang dinaiki mangsa. FOTO ihsan Bomba

Bidor: Penumpang perempuan maut selepas lori yang dinaiki merempuh belakang treler yang diletakkan di bahu jalan di kilometer 70 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur berhampiran restoran di sini pagi tadi.

Dalam kejadian 2 pagi itu, mangsa, R Rishanthini, 18, menaiki lori yang dipandu abangnya berusia 26 tahun dalam perjalanan ke Ipoh.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Somsak Din Keliaw berkata, lori tiga tan membawa muatan buah lemon itu merempuh treler muatan rod besi seberat 37 tan yang berada di bahu jalan.

"Siasatan mendapati pemandu treler dalam perjalanan dari Selangor ke Sungai Petani Kedah meletakkan kenderaan di bahu jalan untuk berhenti makan sebelum tiba-tiba trelernya dirempuh lori yang dinaiki mangsa.

"Akibat rempuhan itu, mangsa yang parah akibat tersepit maut di tempat kejadian manakala pemandu lori berkenaan tidak mengalami kecederaan," katanya.

Menurutnya, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk dibedah siasat manakala kedua-dua pemandu tidak mengalami kecederaan.

myMetro 26 January 2016



0 comments:

Post a Comment