January 27, 2016

13 PATI mati lemas di laut

Sebanyak 13 mayat warga Indonesia yang ditemui terdampar di Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar di Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Tindakan sekumpulan pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia memasuki negara ini melalui laluan haram berakhir dengan 13 orang mati lemas selepas bot dinaiki karam di perairan Pantai Sungai Tengah, Bandar Penawar dekat sini semalam.

Kesemua 13 mayat PATI dewasa iaitu sembilan wanita dan empat lelaki ditemui terdampar berhampiran bot pancung yang karam di sekitar pantai pada pukul 8.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, pihaknya percaya, sebelum kejadian, bot pancung tersebut disyaki dinaiki kira-kira 35 penumpang berdasarkan kapasitinya.

Menurut beliau, pasukan mencari meneruskan operasi mengesan mangsa-mangsa lain yang nasib mereka tidak diketahui.

“Sehingga petang ini (semalam), 13 mayat ditemui terdampar di Pantai Sungai Tengah terdiri daripada sembilan mayat wanita dan empat mayat lelaki,” kata beliau di sini semalam.

Kosmo 27 Jan 2016


13 lemas bot pancung terbalik

MAYAT mangsa ditemui di kawasan sekitar pantai. FOTO ihsan Polis

Johor Bahru: Tiga belas individu termasuk sembilan wanita dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Indonesia lemas di perairan Tanjung Balau Kota Tinggi, tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Rahmat Othman berkata, mereka dipercayai mahu pulang ke Indonesia menaiki bot pancung.

Katanya, keadaan laut yang bergelora dgn angin kencang dipercayai menjadi punca bot pancung terbalik dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan kira-kira 9 pagi tadi.

"Sehingga kini, sembilan mayat perempuan dan empat mayat lelaki dipercayai warga Indonesia ditemui di kawasan sekitar pantai.

"Mayat dihantar ke Hospital Sultan Ismail untuk tindakan selanjutnya," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

myMetro 26 January 2016




0 comments:

Post a Comment