January 31, 2016

Guru maut terkena renjatan elektrik

LOKASI kejadian di dewan sekolah. FOTO Ekhwan Haque Fazlul Haque

Shah Alam: Guru lelaki maut selepas terkena renjatan elektrik ketika memegang bidai tembaga di dewan sekolah menengah di Seksyen 11, petang semalam.

Dalam kejadian 4.20 petang itu, mangsa, Mohd Farhan Masudi, 32, dikatakan mahu berteduh di dewan berkenaan selepas menjalani aktiviti di padang sekolah.

Difahamkan, mangsa ke sekolah berkenaan untuk menghadiri kursus kejurulatihan bola sepak.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Shafien Mamat berkata, ketika kejadian mangsa dalam keadaan basah kerana hujan lebat bergegas ke dewan berkenaan untuk berteduh bersama beberapa rakannya yang lain.

"Ketika di kawasan pintu masuk dewan, mangsa dikatakan tersentuh tembaga sebelum terkena renjatan elektrik.

"Mangsa yang tidak sedarkan diri dikejarkan ke Hospital Shah Alam untuk rawatan kecemasan dan disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, dua rakan yang membantu mangsa turut terkena renjatan namun hanya pengsan dan kini stabil selepas mendapat rawatan di hospital.

myMetro 29 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment