January 31, 2016

Maut dipukul rakan di kedai keranda

POLIS menjalankan siasatan di lokasi penemuan mayat. FOTO ihsan Pembaca

Georgetown: Lelaki maut dipukul dengan besi oleh rakannya selepas mereka bergaduh dalam kedai keranda di Lebuh Carnavon, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri dipukul di kepala dan mayatnya ditemui di atas kerusi.

Mangsa adalah gelandangan dan dia serta rakannya tinggal menumpang dalam premis itu.

Setakat ini, polis sudah menahan suspek yang juga rakannya bagi membantu siasatan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Mior Faridalathrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan kejadian.

"Setakat ini, kita masih menjalankan siastan lanjut untuk mengenal pasti punca kejadian.

"Mayat dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) untuk bedah siasat," katanya.

myMetro 29 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment