January 31, 2016

Dua maut kereta terbabas


KEADAAN kereta yang dinaiki mangsa. FOTO ihsan Bomba

Muar: Dua lelaki maut apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Abdul Rahman, Parit Raja di sini, awal pagi ini.

Kedua-dua mangsa masing-masing berusia 49 dan 52 tahun maut di tempat kejadian akibat kecederaan di kepala dan badan.

Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Muar, Pegawai Kanan II Johar Tumin berkata, sebaik menerima panggilan kecemasan pada 5.08 pagi, sebuah jentera membabitkan 10 anggota dan satu kenderaan bantuan kecemasan bomba (EMS) dikejarkan ke lokasi.

"Apabila tiba kami dapati berlaku kemalangan dan kami percaya kereta dinaiki mangsa terbabas sebelum melanggar kalbat simen yang dipasang di kawasan penghadang titian rumah penduduk menyebabkan kenderaan itu melambung dan berpusing beberapa kali.

"Seorang daripada mangsa ditemui di bawah kereta dipercayai tercampak sebelum ditimpa kereta itu manakala seorang lagi ditemui tersepit di dalam kereta," katanya ketika dihubungi.

myMetro 29 Jan 2016


0 comments:

Post a Comment