January 31, 2016

Ghaib tiba-tiba

GERAKAN mencari Mohd Sainudin (gambar kecil) disekitar kampung dan sepanjang laluan ke tempat kerjanya.

Kota Bharu: “Sebelum keluar rumah dia ada cakap nak pergi bersiar-siar tetapi sehingga kini tidak pulang,” kata Sabariah Yakob, 67, ibu kepada Mohd Sainudin Wahab, 37, yang dilaporkan hilang sejak Selasa lalu.

Mohd Sainudin bekerja sebagai pemandu lori dan kali terakhir dilihat keluarganya pada jam 2 petang, Selasa selepas pulang ke rumah ibunya di Kampung Machang Bubuk, Melor, untuk menghantar anak lelakinya, Muhammad Hakimi, 2.

Katanya, anak bongsunya itu turut meninggalkan motosikal, kereta dan lori majikan di rumahnya sambil memberitahu tidak bekerja.

“Mak cik tidak hiraukan sangat kerana menyangka dia akan pulang waktu malam, tetapi sehingga pagi Rabu dia tidak kelihatan.

“Kerana bimbangkan keselamatan dirinya, mak cik maklumkan kepada seorang lagi anak, Rohani, 45, sebelum kami bertanyakan isterinya, Siti Khatijah Ibrahim, 36, di Peringat sama ada dia pulang ke sana.

myMetro 29 Jan 2016


Lelaki hilang ditemui mati

ANGGOTA bomba mengeluarkan mayat mangsa yang ditemui di dalam semak.

Kota Bharu: Lelaki yang dilaporkan hilang empat hari lalu ditemui mati di Kampung Padang Kala, Peringat, kira-kira 4.30 petang tadi.

Ketua Bomba dan Penyelamat Ketereh Mohd Rafain Mat Zain berkata, mangsa, Zainuddin Wahab, 37, ditemui di dalam semak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Katanya, lelaki itu yang juga pemandu lori ditemui bomba dan penduduk kampung yang berusaha mencari dan menyelamat.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Harian Metro hari ini, melaporkan lelaki itu dilaporkan hilang sejak Selasa lalu selepas menghantar anak lelakinya, Muhammad Hakimi, 2, ke rumah ibunya di Kampung Machang Bubuk, Melor.

Namun, mangsa tidak pulang ke rumahnya sebelum keluarga membuat laporan di Balai Polis Melor, Rabu lalu.

myMetro 29 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment