January 5, 2016

Dua maut, dua parah

KEADAAN kereta selepas merempuh jengkaut. FOTO ihsan Polis

Tawau: Dua maut manakala dua lagi parah selepas kenderaan yang dinaiki terbabas dan merempuh jengkaut di bahu jalan di Batu 22, Jalan Apas, Balung,malam tadi‎

Dalam kejadian kira-kira 11 malam itu, dua mangsa dikenali sebagai Rizal Tairuddin bersama seorang lagi rakan yang belum diketahui identiti meninggal dunia di Hospital Besar Tawau manakala dua lagi rakan mereka yang parah masih menerima rawatan di hospital sama.

Pegawai Perhubungan Awam Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Mohd Affendy K Ramin berkata, bomba menerima panggilan pada 11.04 malam dan sepasukan anggota bersama sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

"Jentera tiba di lokasi pada 11.34 malam dan mendapati kereta merempuh jentera berat jenis jengkaut di bahu jalan.

"Empat mangsa lelaki mengalami kecederaan dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Fadil Marsus mengesahkan kejadian.

myMetro 5 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment