January 5, 2016

Disebalik dugaan


Anggota BS1M bergotong royong memperluaskan rumah keluarga Ismail Wahab. STR/NORJULIANA YAACOB

Sik: Dihimpit kesusahan bukan alasan buat sepasang suami isteri untuk meminggirkan tiga daripada lapan anak mereka yang mengalami masalah gangguan mental meskipun menyedari cabaran getirnya.

Kesabaran tinggi amat diperlukan pasangan, Ismail Wahab, 54, dan isteri, Hasnah Hasan, 44, dalam menguruskan Mohd Farizal, 19, Shuhaimi 17, serta Safuan, 5, kerana mereka amat memerlukan perhatian sepenuhnya.

Hasnah dari Kampung Bandar Hilir, di sini, berkata, anak keempat iaitu Shuhaimi perlu diberikan ubat penenang dua kali sehari bagi memastikan dia tidak bertindak di luar jangkaan kerana dia dan Mohd Farizal mudah mengamuk dengan memecahkan barang dalam rumah.

Menurutnya, Safuan pula akan mengamuk sekiranya tidak diberikan perhatian sehingga dirinya pernah menjadi bingung kerana tidak pasti bagaimana mahu melayan kerenah mereka yang mudah bertindak agresif.

Katanya, Mohd Farizal dan Shuhaimi juga sering keluar rumah tanpa memakai baju dan berjalan sekitar kampung.

myMetro 5 Jan 2016

0 comments:

Post a Comment