January 24, 2016

Ditahan tendang motor polis

Segamat: Seorang anggota polis Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat cedera di tangan dan kaki kanan selepas motosikal ditungganginya ditendang dalam satu kejadian di Kampung Abdullah di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Segamat Superintendan Mohd Kamil Sukarmi berkata, ketika kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, anggota terbabit yang berusia 31 tahun mengejar dua lelaki yang melarikan diri ketika ditahan.

“Ketika kejadian, dua anggota beruniform URB yang melakukan rutin rondaan di sekitar Jalan Genuang terlihat aksi dua lelaki menunggang sebuah motosikal jenis Honda Wave berwarna merah melakukan aksi berbahaya.

“Sambil mengangkat tayar motosikal hadapan, kedua-duanya memecut kenderaan itu dengan laju, menyebabkan anggota bertindak mengejar mereka sejauh kira-kira enam kilometer,” katanya di temui di IPD Segamat, di sini, semalam.

Beliau berkata, ketika sedang mengejar itu, suspek lelaki berusia 20-an yang juga pembonceng bertindak menendang bahagian kiri motosikal dinaiki anggota URB berkenaan menyebabkan kenderaan itu hilang kawalan.

myMetro 24 January 2016

0 comments:

Post a Comment