January 31, 2016

Ajal empat penunggang motosikal

Mayat salah seorang mangsa diangkat ke kenderaan polis dan salah sebuah motosikal yang ditunggang mangsa. FOTO Fuad Hadinata Yaacob dan Muhammad Sulaiman

Shah Alam: Empat penunggang motosikal maut dalam kemalangan di Lebuhraya Guthrie arah Shah Alam kira-kira 11.45 malam tadi.

Kejadian berlaku berhampiran Stesen Penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Elmina Selatan.

Berdasarkan maklumat awal saksi kejadian, mangsa dari arah Sungai Buloh ke Shah Alam, dipercayai untuk makan.

Saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Muhd, 20, berkata, dia berada kira-kira satu kilometer daripada empat rakannya itu.

Katanya, kejadian berlaku pantas dan setibanya di lokasi kejadian dia melihat empat rakannya bergelimpangan di jalan.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

myMetro 28 Jan 2016





0 comments:

Post a Comment