January 31, 2016

Cari waris Eryna Irdina

JKM cuba mengesan waris Eryna Irdina bagi mendapatkan perintah mahkamah.

Kuala Lumpur: Waris kepada kanak-kanak Eryna Irdina, 2, diminta tampil bagi membantu pihak mahkamah membuat keputusan penempatan semula.

Menurut kenyataan Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat Subang Jaya (JKMSJ), Eryna Irdina dijumpai oleh orang awam di belakang rumahnya di Bandar Kinrara pada 13 Disember 2013 pada jam 12.30 tengah malam.

“Selepas pemeriksaan kesihatan, dia ditempatkan di Rumah Kanak-Kanak Tengku Budriah, Cheras sebelum ditawarkan sebagai anak pelihara.

“Dia sudah hampir dua tahun di bawah jagaan ibu bapa pelihara, namun perlu dibawa ke mahkamah bagi mendapatkan perintah untuk dijadikan anak angkat,” katanya.

Menurutnya, sehingga kini JKMSJ berusaha mengesan ibu kandung Eryna Irdina namun tiada maklum balas.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pelindung JKMSJ Raja Norul Fazzilla Raja Halim di talian 03-56343095 dengan kadar segera.

myMetro 28 Jan 2016



0 comments:

Post a Comment