December 21, 2015

Tiada kemalangan jiwa


FOTO Norizuan Shamsuddin

Kuala Lumpur: Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor masih berusaha memadamkan kebakaran gudang simpanan barangan logam di Kampung Desa Aman, Kepong, sejak 1.10 petang, hari ini.

Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sungai Buloh, Penolong Kanan Penguasa Bomba, Mohamed Sabri Shamsudeen, berkata 47 anggota dan pegawai bersama 10 jentera terbabit dalam operasi itu.

Katanya, masalah tekanan air rendah pada pili bomba di lokasi terbabit menyebabkan usaha memadam api mengambil masa yang lama.

"Masalah tekanan air rendah menyukarkan operasi kerana api marak dengan pantas dan dua jentera 'Water Tanker' dihantar bagi mengatasi masalah itu.

“Sehingga ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan kita berusaha untuk memadamkan kebakaran ini sepenuhnya" katanya.

myMetro 19 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment