December 21, 2015

Hampir 100 peratus hangus


Pasir Puteh: Kira-kira 80 peniaga terjejas apabila Pasar Selising, di sini terbakar dalam kejadian, kira-kira 7 petang, hari ini.

Ketika kejadian tiada peniaga mahupun pembeli di kawasan berkenaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Wan Baijuri Wan Hassan, berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 7.39 malam.

"Lapan anggota bersama dua jentera dihantar dan dibantu dua jentera air dari Kota Bharu bersama kekuatan dua anggota.

"Api berjaya dikawal pada 8.19 malam. Sehingga 9.30 malam, usaha memadam kebakaran masih dilakukan.

“Pasar berusia 50 tahun ini hampir 100 peratus hangus. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan," katanya, di sini.

Wan Baijuri berkata, dia tidak menolak kemungkinan punca kebakaran akibat litar pintas.

Bagaimanapun, katanya, siasatan lanjut masih lagi dijalankan dan jumlah kerugian juga masih dalam taksiran.

myMetro 19 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment