December 23, 2015

Suami, isteri disamun dalam kedai dobi


CCTV kedai dobi di Bandar Baru Selayang berjaya merakam kejadian sepasang suami isteri (kiri) disamun seorang lelaki (kanan) baru-baru ini

GOMBAK – Seorang wanita berusia 28 tahun berdepan detik cemas apabila disamun oleh dua lelaki ketika sedang membasuh pakaian di sebuah kedai dobi di Bandar Baru Selayang di sini pada 18 Disember lalu.

Dalam kejadian pada pukul 11.50 malam itu, mangsa bersama suaminya membasuh pakaian di kedai dobi tersebut sebelum didatangi dua suspek yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Viva.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, kedua-dua suspek itu bertindak menghentikan kereta mereka di hadapan premis tersebut sebelum salah seorang daripada mereka memasuki kedai dobi itu.

“Salah seorang suspek masuk dengan memakai jaket beserta topi berwarna hitam bertindak mengacukan parang dan menyuruh suami mangsa menyerahkan bara­ngan berharga milik mereka.

Kosmo 23 Dis2015


Rantai leher direntap

Gombak: Suami isteri kerugian RM6,000 apabila mereka disamun dua lelaki di kedai dobi di Bandar Baru Selayang, Jumaat lalu.

Kejadian berlaku pada 11.50 malam itu, ketika mereka menunggu pakaian habis dicuci.

Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mereka diugut dengan diacukan parang.

"Suspek menaiki kereta berhenti di hadapan kedai itu sebelum menyamun mangsa.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dua suspek lelaki warga tempatan memakai jaket dan topi hitam.

"Suspek mengugut mangsa sambil mengacukan parang , meminta si suami menyerahkan barang berharga dan merentap rantai leher si isteri sehingga luka sedikit," katanya.

Menurutnya, polis kini memburu dua lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan.

myMetro 22 Disember 2015


0 comments:

Post a Comment