December 23, 2015

Warga emas ditemui lemas

Kepala Batas: Lelaki, 76, ditemui lemas di pesisir Pantai Robina, Teluk Ayer Tawar, 12.32 tengah malam tadi.

Mangsa, Mansor Zakaria dilaporkan hilang dihanyutkan air sebelum mayatnya tersangkut di batu berdekatan pesisiran pantai berkenaan.

Mangsa dilaporkan hilang 4 petang semalam ketika menjala ikan di kawasan itu bersama rakannya.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan 11.16 malam sebelum tiba di lokasi kejadian 11.29 malam tadi.

Katanya, mayat mangsa yang berasal dari Permatang Tok Jaya itu ditemui oleh pihak penyelamat sebelum diserahkan kepada pihak polis bagi tujuan selanjutnya.

myMetro 23 Disember 2015

0 comments:

Post a Comment