December 23, 2015

Cef Selebriti dituduh meliwat


JOHOR BAHRU – Seorang cef selebriti warga Singapura didakwa di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan meliwat seorang lelaki berusia 22 tahun selain mengugut ibu mangsa dua minggu lalu.

Tertuduh, Muhammad Mustaqim Juri (gambar), 38, bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu selepas kertas pendakwaan dibacakan di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Muhammad Mustaqim yang mendapat tempat kedua dalam pertandingan memasak Cef Selebriti yang disiarkan sebuah stesen televisyen Singapura pada 2007 lalu didakwa melakukan persetubuhan luar tabii ke atas mangsa di tempat letak kereta di Jalan Persiaran Tanjung, Tampoi di sini.

Dia juga didakwa melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan secara jenayah terhadap ibu mangsa berumur 47 tahun di rumah mangsa pada hari yang sama di Taman Cempaka, Tampoi.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 2.30 petang hingga 8 malam 10 Disember lalu.

Kosmo 23 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment