December 2, 2015

Pesara Jabatan Laut Sarawak meninggal dunia di kebun durian

Wahid ditemui terbaring di kebun durian miliknya pagi tadi

KUCHING - Seorang pesara Jabatan Laut Sarawak ditemui meninggal dunia di kebun durian miliknya di Kampung Tanjung Bako di sini hari ini.

Mangsa, Wahid Tambi, 60, dijumpai terbaring di kebun tersebut oleh anaknya kira-kira pukul 9 pagi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri berkata, mangsa keluar ke kebun itu seorang diri kira-kira pukul 5.30 pagi.

"Semasa kami tiba sekitar pukul 10.30 pagi, pihak perubatan yang turut berada di lokasi mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi di sini sebentar tadi. - K! ONLINE

Kosmo 1 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment