December 2, 2015

Tiga rakan setugas parah

KEADAAN MPV selepas merempuh belakang lori. FOTO Rosli Ilham

Dungun: Tiga rakan setugas syarikat minyak dan gas parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki merempuh belakang lori di Kilometer 325.6 Lebuh Raya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dekat Dungun, 12.20 tengah malam tadi.

Dalam kemalangan itu, Muhammad Hazil Zikri Ismail, 25, yang juga pemandu MPV berkenaan patah kaki kanan dan cedera di muka.

Dua rakannya, Han Chun Hon, 42, warga Korea Selatan dan Suraya Sharif, 36, patah kaki kanan dan cedera di muka.

Ketika kejadian ketiga-tiga mangsa dari arah Kuantan merempuh belakang lori yang bergerak perlahan.

Sepasukan enam anggota Bomba dari Balai Bomba Paka bergegas ke lokasi bagi mengeluarkan kesemua mangsa yang tersepit.

Han dan Suraya dikejarkan ke Hospital Kemaman, manakala Muhammad Hazil dihantar ke Hospital Dungun untuk menerima rawatan.

Pemandu lori terbabit, Mohd Zul Shamsuddin, 48, dan kelindannya, Abdullah Zakaria, 30, tidak cedera.

myMetro 1 Disember 2015



0 comments:

Post a Comment