December 9, 2015

Maut terjun bangunan

Kuala Lumpur: Seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tujuh projek perumahan rakyat (PPR) Salak Selatan, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 8.30 malam itu, mangsa berusia 22 tahun memberitahu ibunya dia mahu mencari datuknya yang sudah meninggal, sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Ching Kok Sin berkata, mangsa dipercayai terlalu rindukan datuknya sebelum dia keluar daripada rumah.

"Ibu mangsa kemudian menerima panggilan telefon daripada rakan anaknya, pada kira-kira 9 malam. Dia memaklumkan mangsa terjun daripada tingkat tujuh PPR terbabit. Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) untuk bedah siasat," katanya.

myMetro 9 Dis 2015

0 comments:

Post a Comment